Sunday, October 11, 2009

TUGAS KITA

Selamat bertemu kembali,

Manusia ialah makhluk ciptaan Allah. Manusia ciptaan paling istimewa yang Allah ciptakan diantara makhluknya yang lain. Keistemewaan manusia berbanding makhluk lain ialah akal. Akal yang Allah berikan kepada manusia membolehkan dia mentadbir, mengurus dan menyelenggara dunia ini. Haiwan, tumbuhan, batu-batan, gunung-ganang, lautan, udara dan matahari tidak mempunyai akal untuk tugas berat ini. Allah perintahkan semua makhluk itu tunduk untuk kegunaan dan kemudahan manusia.

Apakah tugas kita sebenarnya? Adakah kita sekadar membesar daripada bayi, kanak-kanak, remaja, pemuda/pemudi, dewasa dan akhirnya menemui ajalnya. Di antara fasa-fasa kehidupan itu hanya diisi dengan keseronokan, keghairahan, kemegahan dan kehormatan. Adakah kita hidup hanya untuk makan, minum, bekerja, berkeluarga dan berharta sahaja.

Golongan agama berkata setiap manusia akan ditanya dengan tiga persoalan. Dari manakah kita datang? Kenapa kita didatangkan? dan Kemanakah kita akan pergi selepas ini? Golongan atheis pula berkata tiada kehidupan lain selain kehidupan ini. Golongan pagan