Wednesday, October 7, 2009

RENUNGAN

Manusia sebagai makhluk yang Allah ciptakan. Banyak perkara yang tidak dia tahu. Kehormatan seseorang itu terletak kepada ilmu yang dimiliki, diamalkan dan yang disebarkan. Ilmu tidak seperti harta; semakin banyak digunakan semakin susut. Ilmu semakin banyak digunakan semakin pandai dan bijaklah penggunanya. Bertambah banyak bila bila disebarkan.

Kala ini saya mahu berkongsi sedikit ilmu yang ada. Saya bukanlah ustaz untuk berceramah. Sekadar bercerita menurut kefahaman daripada pengalaman dan ilmu yang sedikit. Manusia perlukan beberapa unsur di sekelilingnya untuk terus hidup. Tiada manusia yang dapat hidup tanpa bantuan unsur-unsur tersebut. Ini seperti gambaran dalam Al-Quran yang manusia itu selemah-lemah makhluk di muka bumi ini.

Manusia perlu tuhan untuk disembah, penyelamat, penolong dan pasrah, nabi pemberi tunjuk ajar, ulamak penerus tugas nabi, pemimpin untuk dipatuhi, tumbuhan dan haiwan untuk dimakan, air untuk diminum, udara untuk dihirup, tanah untuk menapak, teman untuk berbual, suami atau isteri untuk bercengkerama, anak-anak sebagai penghibur hati dan penyambung kasih , harta benda untuk maruah dan warisan.

Demikianlah senarai panjang hubungan manusia dengan semua unsur. Apakah yang berlaku jika kita berasa tidak memerlukan perhubungan dengan lain-lain unsur. Petanda awal hayatnya akan tamat.